SALAM UKHWAH FILLAH.... TERIMA KASIH SUDI BERKUNJUNG KE BLOG INI... PEACE NO WAR!!

Followers

Tuesday 28 February 2012

Aku, Sahabat & Cinta

Bismillahirrahmannirrahim.....

Dulu,
aku selalu menangis kerana CINTA, tetapi tidak sekarang.
Dulu,
sering memberontak kerana CINTA, tetapi tidak sekarang.
Dulu,
aku asyik berburuk sangka kepada sahabat kerana CINTA, tetapi tidak sekarang.
Semua itu kejadian dulu, tidak sekarang.
Alhamdulillah.....

Ya Allah... Terima kasih kerana Engkau mengurniakanku sahabat yang sangat baik. Sahabat yang berjuang untuk bersama-sama ke SyurgaMU. Sahabat itu jua telah mengigatiku untuk tidak lalai dalam mengerjakan suruhanMU ya Allah. Di saat aku leka dengan mainan duniawi, dia hadir dalam hidupku memberikanku segala nasihat yang sungguh bermanfaat.

Syukur Ya Rahman... Syukur Ya Rahim...

Setiap yang berlaku pasti punyai hikmah. Begitu jua dengan sebuah pertemuan. Hanya dengan pertemuan, silaturrahim antara kaum terjalin.

Dulu,
Tahun 2009, merupakan tahun aku menduduki Penilaian Menengah Rendah(PMR). Pada tahun itu, aku sering menangis akibat kesakitan yang amat mendalam. Semua itu kerana sebuah CINTA. Waktu itu tidak lain difikirkanku, selain menangis, memberontak, dan sebagainya yang boleh menunjukkan yang hati ini benar-benar terluka. Memang dulu sifat cemburuku terlalu kuat.

"Wahai akhi sekalian, jika tidak bersedia untuk setia... Usahlah menyentuh hati para muslimah."

Aku lebih gemar meluahkan perasaan ini kepada hamba Allah SWT yang amat aku rapat. Aku mengaguminya kerana sifat-sifatnya menyenangi hatiku yang baik hati, jujur, ikhlas dalam persahabatan, setia, peramah, mudah berkongsi ilmu, sentiasa memberi sokongan, dorongan dan
sebagainya.

Tetapi....sungguh...hatiku sedih bila teringat kekerasan hatiku sehingga tidak dapat menerima sebarang pun nasihat yang diberikan. "Astagfirullahhalzim..."

Tahun 2010, seperti yang aku katakan tadi... Aku bersyukur atas kurniaan Allah SWT yang terlalu baik. Kehadiran sahabat itu banyak mengubahku lebih kearah positif  yang berusaha menjadi seorang muslimah sejati...insyaALLAH.... Nasihat-nasihat yang diberikan juga akan ku semai di dalam hati kerana ia amat bermakna buat insan sepertiku.

"Sahabat merupakan cermin diri."

Sahabat...
Aku amat mengasihi kalian. Kasihku terhadap kalian  berlandaskan syariat Islam terhadap semua hamba Allah SWT. Semoga sahabat kalian ditempatkan di Syurga Firdaus.

  • Bijak dalam memilih sahabat
  • Bimbinglah sahabat ke jalan yang benar
  • Hargai sahabat dan bersyukur atas kehadiran mereka
  • Jagai hati sahabat daripada terus terguris
  • Hormati sahabat dalam apa pun jua keadaan



Bercintalah dengan Allah SWT

Ia kekal lagi abadi


Bersahabatlah dengan ikhlas berniatkan kerana Allah SWT


Semoga diberkati...aminn~

Wassalam.

Sunday 26 February 2012

Salam berbungakan kemesraan

Assalamualaikum w.r.t....
Bismillahirrahmannirrahim....
Sahabat kalian apa khabar??

Alhamdulillah.....
Blog ni sudah pun siap... Hehe... ^_^ ... Harap dapat kongsikan ilmu walaupun cuma sedikit.... Apa yang salah, adalah dari saya sendiri, baiknya adalah datang dari Allah SWT...

Semoga kita bersama sentiasa berada dalam keredhaannya....
Aminnnn~


-SALAM UKHWAH FILLAH-